3,2,1 CINTA !


Sinopsis :Apakah akan terjadi apabila nisbah perempuan lebih tinggi berbanding lelaki? Siti Aishah ataupun Sam (Diana Amir) merupakan seorang perempuan yang berperwatakan kasar, tinggal bersama ayah dan adik tirinya selepas kematian ibu bapanya. Selepas beberapa kali bertukar universiti, Sam akhirnya memilih untuk melanjutkan pelajarannya bersama rakan baiknya Ayam (Pierre Andre). Di sana, Ayam memomokkan Sam dengan artikel tesisnya iaitu ‘Perempuan 37:1 Lelaki’, menyebabkan Sam rasa tak senang duduk dan mula mencari jalan untuk mencari teman lelaki segera sebelum menjadi andartu. Sam secara tidak sengaja terlihat lelaki idaman remaja, Nazril (Farid Kamil) dan memutuskan utk memikat beliau. Malangnya Nazril tak berminat langsung dengan Sam, dan rakannya Ayam juga tidak menyokong usahanya itu. Namun ianya tidak mematahkan semangat Sam. Adakah Sam, seorang perempuan kasar dapat memikat hati Nazril?

No comments: