Waktu balik sekolah tadi , Hujan tiba-tiba turun dengan selebat-lebatnya . Lagi2 , aku terpaksa balik naik bas . Adesss ~~ Basah lencung aku dibuatnya . Tapi AWESOMEE !xD Haha..
Main hujan x ingat dunia tuu.. Sejuk pulak tuu .. Sekarang nie , hujan asyik turun kan ? haishh ... susah nak buat urusan kt luar klau asyik hujan je.. Tapi klau hujan dah x slalu turun kang , kemarau la plak .
Hee , :D
Antara sebab-sebab hujan asyik turun adalah Monsun Barat Daya yang biasanya berlaku antara bulan Mei hingga September telah pun berakhir dan Negara kini mengalami musim peralihan monsun .
Lazimnya, musim peralihan monsun ini akan berterusan sehingga hujung Oktober, sebelum beralih ke Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh dari November sehingga Mac. Amnya, negara telah mengalami keadaan cuaca yang agak kering semasa bulan September 2011.
Di semenanjung pula , Jumlah hujan antara 30% dan 80% di bawah purata telah dialami kebanyakan kawasan di negeri Kedah, Kelantan, utara dan selatan Perak, pedalaman Terengganu dan di bahagian timur laut Pahang. Keadaan cuaca yang serupa telah turut dialami Daerah Sabak Bernam di Selangor, Rembau, Tampin dan Kuala Pilah di Negeri Sembilan dan sekitar barat Daerah Ledang dan Muar di Johor.
Sebaliknya, jumlah hujan antara 30% dan 70% di atas purata telah dialami di Daerah Rompin, Temerloh dan Bentong di Pahang, Jelebu dan Jempol di Negeri Sembilan dan Mersing, Kota Tinggi dan Segamat di Johor.
Semenanjung merekodkan bilangan hari hujan berjulat dari 10 hingga 21 hari.
Itulah serba sedikit ringkasan tentang Hujan Bulanan Terkini !
-B.U.B.Y.E-
No comments:
Post a Comment